Sejarah Ringkas Nakama Tako

Nakama Tako mula ditubuhkan pada tahun 2022 dan memulakan operasinya di kawasan Taman Satu Krubong, Melaka. Digerakkan oleh semangat seorang anak muda untuk membawa cita rasa unik ke dalam pasaran tempatan, Nakama Tako lahir dengan satu visi utama iaitu memastikan takoyaki yang berasal dari negara  Jepun, disesuaikan dengan selera masyarakat Melayu kita.

Bukan sekadar meniru rasa asal, Nakama Tako tampil dengan gabungan rempah dan bahan tempatan yang mencetuskan rasa tersendiri, menjadikan setiap biji takoyaki bukan sahaja sedap, tetapi juga ketagih.

Sejak awal, jenama ini membawa satu tagline ikonik yang menjadi janji kepada pelanggan:

“Bukan Biasa, Ini Ketagih.”

Dengan semangat ini, Nakama Tako terus berkembang sebagai pilihan utama peminat takoyaki di Melaka dan kini bersedia untuk melebarkan sayap ke lokasi lain, sambil mengekalkan rasa autentik yang dekat di hati rakyat Malaysia.